Fantastic Beasts and Where to Find Them (filem)

Fantastic Beasts and Where to Find Them ialah filem fantasi 2016 arahan David Yates dan ditulis oleh J. K. Rowling. Ia adalah ansuran pertama dalam siri filem Fantastic Beasts dan kesembilan dalam francais Wizarding World, berkhidmat sebagai spin-off dan prequel kepada siri filem Harry Potter, diilhamkan oleh buku novel 2001 dengan nama yang sama oleh Rowling. Filem ini menampilkan pelakon ensemble yang merangkumi Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, Ezra Miller, Samantha Morton, Jon Voight, Carmen Ejogo, Ron Perlman dan Colin Farrell.Fantastic Beasts and Where to Find Them ditayangkan di New York City pada 10 November 2016 dan dibuka di pawagam di seluruh dunia pada 18 November 2016 dalam 2D,3D,4D, Dolby Cinema dan IMAX format, oleh Warner Bros. Pictures. Ia menerima ulasan secara umumnya positif daripada pengkritik, dengan pujian untuk arahannya, desainya, persembahan (terutamanya Redmayne dan Fogler), kesan visual dan skor muzik. Ia muncul dengan kejayaan komersil selepas memperoleh kutipan $814 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem kelapan dengan kutipan tertinggi pada 2016.Filem ini telah dicalonkan untuk lima Anugerah Filem Akademi British, termasuk Filem British Terbaik, dan memenangi untuk Reka Bentuk Pengeluaran Terbaik. Ia telah dicalonkan untuk dua trofi Anugerah Akademi dan memenangi Reka Bentuk Kostum Terbaik, menjadi filem Dunia Sihir pertama yang memenangi Anugerah Akademi.[9] Sekuel pertama, Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald, telah dikeluarkan pada 16 November 2018; sekuel kedua, Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore, dijadualkan dikeluarkan pada April 2022.

Fantastic Beasts and Where to Find Them (filem)

Bahasa inggeris
Durasi tayangan 133 minit[2]
Disunting oleh Mark Day
Muzik oleh James Newton Howard
Pengarah David Yates
Penulis J. K. Rowling
Dihasilkan oleh
Pecah panggung $814 juta[8]
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Philippe Rousselot
Bajet $175–200 juta[5][6][7]
Tarikh tayangan
  • 10 November 2016 (2016-11-10) (Alice Tully Hall)
  • 18 November 2016 (2016-11-18) (United Kingdom dan Amerika Syarikat)
Negara
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat[3][4]
Diedarkan oleh Warner Bros. Pictures[1]
Dibintangi

Rujukan

WikiPedia: Fantastic Beasts and Where to Find Them (filem) http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=58774... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=fantasticb... http://www.fantasticbeasts.com http://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/fanta... http://www.imdb.com/title/tt3183660/ http://film.britishcouncil.org/fantastic-beasts-an... http://www.bfi.org.uk/news-opinion/sight-sound-mag... https://web.archive. https://catalog.afi.com/Catalog/moviedetails/70908 https://www.cinemablend.com/news/2555115/